Perkara paling asas dalam agama Islam ialah kefahaman hakikat ketuhanan. Kepentingan memahami persoalan ini adalah untuk mengenali Allah SWT ke arah meningkatkan keyakinan terhadap-Nya. Oleh itu, memberikan penerangan yang jelas tentang isu ini dapat membantu masyarakat memahami hakikat ketuhanan yang sebenar, dan pada masa yang sama mampu meningkatkan keimanan mereka terhadap Allah SWT.

Memilih isu ini untuk dibahaskan mengikut kaedah ilmiah tidaklah semudah yang disangka. Memandangkan perbahasan ini perlu dikaji mengikut pemikiran seorang tokoh ulama Melayu yang banyak berjasa dalam mengembangkan akidah Islam di Nusantara. Maka buku ini diharap dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai persoalan ketuhanan terutama berkaitan dengan Sifat 20 menurut pemikiran Tuan Minal. Oleh sebab beliau merupakan salah seorang tokoh ulama Melayu yang banyak membincangkan tentang isu akidah, maka kefahaman terhadap pemikiran beliau amat diperlukan bagi menjelaskan tentang hakikat ketuhanan yang sebenar.

Memahami hakikat ketuhanan yang sebenar mampu menyelamatkan akidah seseorang daripada terjerumus ke lembah kesesatan. Lantaran itu, isu-isu yang dibincangkan dalam buku ini diharap mampu membuka minda pembaca untuk kembali melihat sejauh manakah kepentingan memahami persoalan ketuhanan dalam menghadapi cabaran globalisasi dan modenisme masa kini.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1071934
    Visit Today : 370
    This Month : 20187
    Total Visit : 1071934
    Hits Today : 889
    Total Hits : 4406877
    Who's Online : 6
  • Kategori